Di suatu petang yang tenang,
Sedang khusyuk aku membelek-belek surat khabar, tiba-tiba aku terkejut dengan satu tepukan dari belakang bahuku. Tepukan itu menghilangkan terus fokus aku terhadap apa yang aku baca tadi. “Cis, nak kena ni. Siapa yang sengaja cari pasal petang-petang ni?” bisik hatiku.
“Sibuk ke sekarang?,” tanya Syahrul.
“Laa, ko rupanya. Bagi la salam dulu kalau iya pun. Ni terus main sergah-sergah. Nasib baik aku takde sakit jantung. Kalau tak….” balasku kembali.
“Assalamualaikum, ya syeikh. Ya ustaz. Ana minta maaf. Minta maaf,”ucap Syahrul sambil tersengih-sengih.
“Ada apa ko cari aku,rul?”
“Saje je datang. Nak jenguk kawan. Takkan tak boleh, pih?” tambah Syahrul.
“Boleh, sape kata tak boleh.”
“Camne dengan study mu sekarang, pih? Ok ke? Aku tengok mu ni makin sibuk sekarang. Tak sempat pun nak singgah rumah aku macam selalu lagi. Ada ape-ape masalah besar ke? Tanya Syahrul panjang lebar.
“Sibuk memang la sibuk sekarang ni. Study pun tak tentu arah aku. Masalah lagi la. Toksah cakap. Bertimbun-timbun. Sem ni la sem yang paling sibuk sepanjang aku kat sini, aku rasa. Ko camne pulak, rul?”
“Aku ok je, pih. Aku kan sentiasa cool. Setakat ni boleh la nak cover lagi. Nak kena maintain sem ni. Kalau tak naya aku balik cuti sem nanti kena berleter dengan mak ayah aku. Tak tahan telinga aku.”
“Tenang, rul. InsyaAllah, kita masih ada masa lagi ni. 3 minggu ni kalau kita fokus betul-betul, insyaAllah, boleh punya buat.”
“Pih, mu kalau ada ape-ape masalah, bagitau la aku. Mana tahu aku boleh tolong ‘settle’kan ke.”
“Setakat ni ok lagi, rul. Aku boleh handle sendiri lagi masalah-masalah ni. Kalau aku perlukan bantuan ko nanti aku bagitau, ok?”
“Ok-ok. Takde hal la,pih. Tapi aku nak tanya sikit dengan mu ni boleh tak?”
“Pasal apa? Kalau aku boleh jawab, aku jawab la.”
“Mu jangan marah aku pulak, pih. Aku ada terdengar baru-baru ni mu ada naik motor dengan sorang budak perempuan. Betul ke pih apa yang aku dengar daripada salah seorang budak perempuan kuliah aku ni?”
Aku menatap tepat ke muka Syahrul.
“Ko percaya ke benda tu,rul?” tanyaku.
“Aku tak percaya pih. Tapi kalau boleh aku nakkan kepastian daripada mu sendiri sebab benda ni dah tersebar”.
“Ok lah,rul. Terus terang aku cakap kat mu, perkara yang diperkatakan tu satu benda yang tak benar. Aku tak pernah naik motor dengan perempuan lain selaian mak dengan kakak aku. Tapi itu pun aku naik dengan mereka kat kampung. Bukan kat sini. Kalau ada yang nampak aku naik kat sini sekali lagi aku bagitau benda tu tak betul.”
“Orang yang kata dia nampak aku naik motor tu mungkin sebenarnya orang lain dan bukan aku. Mungkin secara kebetulan baju atau helmet ke yang sama. Mana aku tahu.” Tambahku.
“Satu lagi, rul. Perkara ni aku dah dengar 3-4 minggu yang lepas. Tapi sengaja aku diamkan sebab benda tu memang aku tak buat. Jadi buat ape aku nak kecoh-kecoh perkara ni. Dan satu lagi juga sebab aku diamkan, orang yang nampak tu kata aku dah nikah walaupun hakikatnya aku masih tak nikah lagi ni. Dia bukannya kata aku bercouple, bawa perempuan ke hulu ke hilir tak tentu pasal. So, dia dah sangka baik kat aku, buat apa aku nak bising-bising. Banyak lagi, rul perkara lain yang lebih penting untuk aku fikirkan daripada aku nak fikir perkara kecil ni. Tu yang aku diamkan je.”
“O, camtu ceritanya. Tak pe lah, pih. Sabar la banyak-banyak. Mungkin ni ujian dan dugaan untuk mu. Mu jangan ingat perempuan je boleh jadi fitnah kat lelaki. Lelaki pun boleh juga tau zaman sekarang ni. Aku percaya kat mu, pih. Aku kenal mu lama dah. Aku tau dah perangai mu lagu mana.”
“Terima kasih, ye rul sebab ko percayakan aku. Aku berharap, perkara ni jelas dan tak perlu lagi disebarkan sekiranya kita tak pasti sejauh mana kebenaran perkara tu. Dan apa yang berlaku ni mungkin mempunyai 1000 hikmah yang mungkin masih tersirat untuk aku teliti satu persatu. Apa-apa pun aku bersyukur atas ujian yang diberikan. Mudah-mudahan perkara ni mematangkan aku lagi dalam mengenal erti kehidupan ini dan lebih berhati-hati dalam menjaga ikhtilat dalam pergaualan seharian aku.”
“Betul tu pih. Aku setuju dengan mu. Satu lagi,pih, mu ni dah memang elok dah menikah. Tak yah tunggu lama-lama lagi. Terseksa jiwa tunggu lama-lama tau.”
“Ye la tu ko. Takpe-takpe, ko doakanlah aku mudah-mudahan dipercepatkan bertemu jodoh ye. Kalau jadi nanti insyaAllah semua aku jemput, ok.”
“Amin.”
“Dah-dah, maghrib dah ni. Jom kita,rul.”
hafiz muhammad,
o1ooo kangar, perlis.